Apakah yg perlu anda tahu pasal Perkeso? Perkeso adalah Pertubuhan Kebajikan & Sosial Pekerja atau Insuran Pekerja yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk manafaat pekerja yang ditimpa bencana. Setiap pekerja bergaji di bawah RM2000 sebulan layak mencarum ke dalam Perkeso, dan keahliannya adalah berdasarkan sekali masuk terus masuk. Sebagai contoh, jika anda naik gaji atau pangkat melebihi daripada RM2000, hatta sebagai COO atau CEO sekalipun, jika anda pernah mencarum, anda waji terus mencarum. Kelebihannya? Seperti insuran yang lain, jika anda tidak ditimpa apa2 kemalangan, so anda tak boleh claim apa2 sehingga bersara...ada org kata rugilah, tapi rugi ke kalau tak ditimpa kecelakaan?? Sendiri mau ingat lah... Tapi malang tak berbau, so kalau ditimpa kemalangan, dan diberikan MC melebihi 3 hari berturut2 akibat kemalangan di tempat kerja, anda perlu melapor ke pejabat Perkeso terdekat dan jika layak akan menerima elaun semasa MC. Jika diikutkan, tuntutan tersebut adalah hak majikan terutamanya jika majikan bayar gaji sepanjang tempoh MC tersebut, tetapi rasanya tiada majikan yg claim, indirectly dah jadi hak pekerja.
Utk makluman, Perkeso cover apabila shj pekerja yg mencarum keluar daripada pintu pagar rumah untuk ke temoat kerja, di sepanjang perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja, semasa berkerja tak kira lokasi, semasa keluar untuk makan tengahari dan semasa melakukan apa2 shj aktiviti rasmi syarikat seperti aktiviti kelab sosial tajaan syarikat selagi ianya dibenarkan oleh syarikat dan tidak melanggar undang2 negara dan bukan aktiviti merbahaya.
Perkeso juga melayan tuntutan kecederaan akibat daripada pekerjaan terdahulu yang dilakukan utk jangkamasa lama seperti sakit tulang blakang yg kronik akibat mengangkat barang2 yg berat, atau hilang pendengaran akibat daripada bekerja di tempat yg bising yang kuat seperti di lapangan terbang (dulu alat tutup telinga tidak disediakan) dan apa2 kecederaan yg seumpamanya (kemalangan pekerjaan). Yang penting perlulah ada medical record dan rekod peerjaan yg lengkap (terutamanya kepada mereka yg sering ebrtukar pekerjaan). Jika kemalangan, perlu ada laporan polis dan lain2 maklumat (sila rujuk laman sesawang Perkeso). Maaf, sakit 3 serangkai tak layak sebab dikategorikan sebagai bukan sakit akibat pekerjaan, mungkin faktor keturunan atau pemakanan.
Saya suka nak highlight perkara ni sebab kebanyakkan pekerja tidak tahu hak mereka. Semasa saya berkerja di Utara Semenanjung, saya mengkaji rekod MC pekerja dan yg mana kerap mengambil MC saya arahkan mereka menjalani medical check-up atas pembiayaan syarikat. Adakah syarikat akan rugi mengeluarkan kos yang tinggi untuk bayaran medical check up? Tidak, sebab hasil daripada medical check-up, beberapa pekerja telah dikenalpasti sebagai layak utk dirujuk ke Lembaga Perubatan Perkeso dan selebihnya baru maklum penyakit yg mereka hidapi (selalunya kalau ke klinikpanel, doktor akan bagi paracetamol shj, bukan salah doktor GP juga sebab setengah2 symptom hanya boleh dikenalpasti setelahdilakukan medical check up). Akibat daripada itu, pekerja yg kurang sihat telah mendapat medication yang sepatutnya dan MC berkurangan. Secara langsung, produktiviti pekerja dans yarikat meningkat. Ramai juga yg apabila dirujk ke Lembaga Perubatan Perkeso, telah diluluskan dan mendapat pencen dengan syarat tidak lagi digaji oleh majikan. Dalam kes ni, ramai yg layak telah memohon medical board out (MBO) dan diluluskan oleh syarikat.
Kenapa pekerja tak nak memohon MBO? Kebanyakkan pekerja masih mempunyai anak yg bersekolah. So mereka takut jika MBO, tiada gaji atau pendapatan tetap. Penerangan berkenaan kelebihan Perkeso seperti bayaran perubatan akan ditanggung oleh Perkeso, pencen tetap bulanan, elaun bantuan untuk pembantu jika bedridden, serta biasiswa untuk anak2 yg masih bersekolah...banyak tu... Tapi saya tak nak sakit, saya hanya nak tolong pekerja yg memerlukan dan layak sahaja. Alhamdulillah so far saya sihat walafiat...doakan kesihatan utk kita semua, amin...
1 comment:
Assalamualaikum saya seorang pekerja swasta ingin bertanya adakah penyakit kena buang hempedu dapat memohon perkeso .
Post a Comment