Kenapa kita sering lupa dan salah sangka? kenapa kita sering berselisih faham kerana perkara yang remeh temeh. kenapa kita tidak menghargai apa yang kita ada dan sering berhasad dengki dengan orang lain dan apa yang mereka ada? kita harus pandang ke bawah dan jangan hanya pandang ke atas. ketahuilah bahawasanya ramai lagi insan yang berduka, masih terlalu ramai yang lebih berduka, amat ramai yang lebih kepayahan daripada kita...insaflah dan marilah kita sama-sama menghargai diri ini, keluarga, rakan-rakan dan jiran. berbaik sangka dan selalu membantu dengan tanpa mengharapkan habuan; insyaAllah kita akan menerima habuan kalau tidak di dunia nanti di akhirat...sekian tazkirah pada hari ini :D
No comments:
Post a Comment